Monday, January 19, 2009

AutoCAD - Pengenalan

Saya rasa terpanggil untuk memulakan satu blog khusus untuk AutoCAD, apabila saya telah men cuba pencarian (search) untuk mencari tutorial berkenaan perisian AutoCAD dalam Bahasa Melayu. Hasilnya sangat-sangat menyedihkan.

Saya mempelajari AutoCAD secara rasmi sejak tahun 1987 dan seterusnya terlibat dengan perisian canggih ini secara terus sehinggalah saya bersara pada tahun 2006.

HARUSLAH ANDA MERENUNG DAN BERFIKIR, DAN ANDA CUBA MEMAHAMI MENGAPAKAH PERISIAN AUTOCAD INI SANGAT MAHAL HARGANYA DI PASARAN, (RM17,000.00, mungkin selepas diskaun harganya RM12,000.00) ,VERSI PENDIDIKAN SAHAJA HARGANYA SUDAH RM3,000.00. Tidak ada perisian lain yang semahal itu.

Jika anda ingin menghadiri kursus AutoCAD yang disediakan oleh banyak agensi kerajaan ataupun swasta, anda perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM2000.00 untuk satu modul kursus.

Di weblog ini saya akan perturunkan sebanyak mungkin pengalaman saya menggunakan AutoCAD melalui tutorial-tutorial kecil semoga memberi faedah kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajrainya. Rajin-rajunlah anda mengintai weblog ini untuk mengetahui LATIHAN PERCUMA dari saya.

AutoCAD adalah perisian melukis untuk Lukisan Teknikal, berbentuk umum yang juga digunakan dalam berbagai jenis perindustrian. Ia adalah satu 'peralatan' untuk melukis, yang menekankan pencapaian kemahiran. Tidak ada jalan singkat untuk anda menjadi 'mahir' melainkan menggunakan AutoCAD setiap hari.

Bagii yang ingin mempelajari AutoCAD, pengetahuan anda dalam Lukisan Tenikal adalah sangat membantu.


Skrin AutoCAD

Ruang melukis yang dipaparkan hitam adalah bersaiz 12 x 9 (inci) disediakan secara 'default' oleh AutoCAD melalui template acad.dwt.

Kita akan menggunakan template bersaiz A3 (420mm x 297mm) iaitu acadiso.dwt

Mari kita mulakan, dengan menggunakan tetikus pada menu windows anda klik:

File --> New -->Template -->acadiso.dwt
Zoom-->All --> Zoom --> .8X

Pertama, biar saya terang turutan di atas supaya anda memahami aliran pemilihan arahan dan objek. File --> New : ini adalah urutan biasa kepada mana-mana perisian yang berasaskan windows seperti MS Office. Template: satu kekotak dialog akan dipaparkan untuk anda memilih pencontoh. Acadiso.dwt adalah pencontoh berukuran A3 metrik yang mempunyai batas (limits) 420mm x 297mm. Zoom -->All : pemaparan yang mengikut Limits. Zoom ---> .8x : Pemaparan 80% daripada pemaparan yang sebelumnya.

Bagi Zoom ada hanya mengetik satu huruf Z dan diiukuti dengan kekunci spacebar bagi menggantikan kekunci Enter. Urutan di atas dimudahkan lagi seperti berikut: Z A

.8x (sp) dimana

adalah kekunci spacebar. Selepas "a" anda tidak perlu panggil Zoom lagi, cukup dengan mengetik , AutoCAD mengingat arahan terakhir diberikan iaitu Zoom.


Cuba fahami urutan di bawah:

L 100,50 @100<0> @70<90> @100<180> c

Urutan di atas akan membentuk satu segiempat tepatyang bermula dari kodinat 100,50 dan berukuran 100 panjang dan 70 lebar. Cuba kita fahami erti @100<0.>

Segiempat tepat di atas boleh dibina dengan menggunakan kodinat mutlak (absolute coordinates) : L 100,50 200,50 200,120 50,120 c

Atau menggunakan kodinat relatif:

bersambung ....